Sunday, July 25, 2010

Program Rehlah Anjuran Kelab Masjid Al-Muqarrabin, Port Dickson





Program ini telah berlangsung selama 1 hari bermula pada pukul 7.00 sehingga 6.30 petang.
program ini telah pun berlangsung demi mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain. aktiviti Usrah telahpun dilaksanakan kepada para peserta untuk memiliki ilmu dengan lebih luas. selain itu, terpadat beberapa aktiviti menarik yang telah dijalankan seperti permainan kotak beracun yang mana di dalam kotak tersebut terdapat beberapa soalan tentang hal-hal agama dan ditujukan kepada peserta untuk menguji tahap ilmu agama yang mereka miliki. tambahan pula, permainan baling belon dilakukan untuk melatih para peserta supaya bekerjasama dalam satu pasukan sama ada dalam keadaan susah mahupun senang. aktiviti riadah bebas juga turut diadakan supaya peserta dapat menikmati keindaha yang telah dicipta oleh Allah S.W.T.

4 comments:

  1. Assalamualaikum, tahniah kepada pihak masjid telah mejayakan banyak aktiviti riadah di luar dan majlis2 ilmu, untuk remaja dan penduduk di kariah BTS.

    Minggu lepas saya ada menghadiri kursus sembelihan & pemakanan halalan toyyiba anjuran pihak JAWI & Pengurusan madrasah Asyakirin PPR Batu Muda. Penceramah dari pihak JAWI Ustaz Mohd Anas & Ustaz Abd Halim Zakaria.

    Dalam program tersebut banyak memberi saya ilmu sembelihan dan pemakanan yang halal, untuk membentuk jiwa umat islam dan generasi akan datang. Antara yang benar membangkit semangat saya untuk berkongsi tentang program ini ialah slide rakam serbuan pemeriksaan JAWI proses sembelihan ayam yang tidak mengikut syarak & tidak halal dimakan umat islam.

    Kami diberi praktikal sembelihan ayam setiap seorang & diperhatikan oleh pihak JAWI.
    Alhamdulillah saya berasa lebih yakin untuk melakukan sembelihan mengikut syarak untuk makan saya dimasa akan datang.

    Yang membimbangkan, banyak sembelihan ayam tidak halal akan mula bila tiba hari raya & bulan ramadhan, kerana banyak keperluan daging & ayam.

    Saya berharap pihak Masjid dapat membuat program sembelihan untuk kariah BTS dan kesedaran tentang makanan halal.

    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, minta maaf. Harap minta tidak dimasuk slide youtube kl drift pada masa akan datang. Ia agak menggangu dan tidak enak untuk didengar.

    Sekian Harap maklum & mohon maaf

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi maklumat berkenaan melancong ke Brunei( Islamic Tour). Kepada siapa saya boleh email kan informasi tersebut.
    Halim

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi maklumat berkenaan melancong ke Brunei( Islamic Tour). Kepada siapa saya boleh email kan informasi tersebut.
    Halim
    noorhalimabunaim@yahoo.com

    ReplyDelete