Sunday, July 25, 2010

Program Rehlah Anjuran Kelab Masjid Al-Muqarrabin, Port Dickson





Program ini telah berlangsung selama 1 hari bermula pada pukul 7.00 sehingga 6.30 petang.
program ini telah pun berlangsung demi mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain. aktiviti Usrah telahpun dilaksanakan kepada para peserta untuk memiliki ilmu dengan lebih luas. selain itu, terpadat beberapa aktiviti menarik yang telah dijalankan seperti permainan kotak beracun yang mana di dalam kotak tersebut terdapat beberapa soalan tentang hal-hal agama dan ditujukan kepada peserta untuk menguji tahap ilmu agama yang mereka miliki. tambahan pula, permainan baling belon dilakukan untuk melatih para peserta supaya bekerjasama dalam satu pasukan sama ada dalam keadaan susah mahupun senang. aktiviti riadah bebas juga turut diadakan supaya peserta dapat menikmati keindaha yang telah dicipta oleh Allah S.W.T.

Saturday, July 17, 2010

Program Isra Mikraj





16.7.2010 telah pun berlngsung satu program iaitu Program Isra Mikraj selepas solat Magrib secara berjemaah. Program tersebut telah di wakili oleh Ustaz Anuar Bin Ghazali. Beliau telah menduduki Naib Johan dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaaan. Beliau telah memberi pendedahan tentang berlakunya peristiwa Rasulullah S.A.W sewaktu baginda berada dalam keadaaan Isra Mikraj kepada jemmah yang menghadiri program tersebut. Moga-Moga program ini diberkati oleh Allah S.W.T











Sejarah Masjid Al-Muqarrabin

Masjid Al-Muqarrabin terletak di Bandar Tasek Selatan dan berada di bawah Parlimen Bandar Tun Razak.
Pada 14 Mac 2005 Masjid ini telah siap dibina dan memulakan operasi pada tahun yang sama. Pembinaan Masjid ini melengkapkan keperluan masyarakat islam khususnya di kawasan yang berhampiran kerana sebelum ini masyarakat tempatan menumpang di Masjid Jamek Sungai Besi untuk menunaikan solat khusunya solat Fardhu Jumaat.

Dengan kepadatan jumlah penduduk Bandar Tasek Selatan yang hampir mencapai 20,000 orang, Masjid Al-Muqarrabin memainkan peranan yang besar dalam membentuk masyarakat tempatan khususnya umat islam dalam memahami dan menghayati nilai-nilai murni dalam agama islam.

Jumlah penduduk yang mencecah 20,000 orang ini, maka kemudahan van jenazah sangat diperlukan sebagai menyempurnakan salah satu dari tuntutan fardhu kifayah dalam kehidupan seharian.